Saturday, April 12, 2008

Tips Memasak

Tips ni berguna untuk yang rajin memasak especially bakal2 isteri. Tak kisahlah tak sedap pun, janji berkhasiat dan bersih! Untuk yang tak gemor memasak, anda dilarang membaca ayat-ayat seterusnya…:P

1. Kupaskan bawang merah, putih, besar, halia, lengkuas, kunyit, ubikentang (rendam dalam air, kalau tak jadi itam), atau segala-gala bendayang hendak dikupas. Simpan dalam Tupperware (tak kisah tak original pun)dan masuk dalam peti ais.

2. Tumbuk siap2 bahan yang nak ditumis. Kalau buat banyak-banyak,simpan dalam peti ais kat Chill compartment. Tumbuk lagi enak, dari blend- kecuali dah malas!

3. Untuk masakan yang lazat dan bebas dari pengawet, buat sendiri ciliboh! Rebus cili, sejukkan dan kisar dengan sedikit air masak, sedikitgaram (untuk kasi tahan lama) dan minyak masak(untuk hancurkan biji cili).

4. Tumbuk banyak-banyak kunyit dan garam. Simpan dalam Tupperware.Bila-bila aje nak menggoreng, calit dan lumurkan jer. Tak payahlah nakbeli yang ready made kat kedai - masin sangat dan siap tumbuk dengan kulitkunyit sama!

5. Suka makan sambal belacan. Ha.. buat banyak2 dan simpan.

6. Rendang, kerutuk dan apa-apa yang sama waktu dengannya yang bolehtahan lama - weekend nanti, masak banyak-banyak dan bungkus kecil-keciluntuk satu hindangan setiap satu dan masukkan dalam freezer. Nak makanjer, panaskan.

7. Untuk frozen food, sebelum pergi kerja pagi tu, keluarkan darifreezer dan simpankan di bahagian bawah peti ais. Jangan keluarkan daripeti ais, nanti basi lak! Nanti balik, dia dah lembut, so senang nakpanaskan.

8. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar, belacan, air asamjawa dan taruk garam dan gula sikit (kalau mahu, sebagai ganti ajinomoto).Tumis biar lama atas dapur biar kasi gelap warnanye, tapi jangan laksegelap dayang senandung - itu hangit namanye! Simpan dalam Tupperwarekat Chill Compartment. Nak masak ikan tumis pedas ke, ayam pedas ke,ape-ape aje - cekup (bahasa orang putihnye, scoop) aje, masuk kuali danmesra-mesrakanlah….Untuk masak kicap, tambah aje kicap manis atau kicap masin…

9. Gorengkan ikan bilis banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedapudara (tak payah masuk dalam peti ais). Begitu jugak dengan keropok,popedum, dll.

10. Untuk sayur-sayuran, kalau nak masak untuk sahur, sebelum tidur tu -siapkan segala bahan-bahan. Bangun awal sikit, terus goreng. Samalah caranye untuk goreng menggoreng yang lain termasuk nasi goreng! Kut-kutnak tukar menu… Kecuali telur goreng, pecahkan telur hanya sewaktu nakmenggoreng! Bukan sebelum tidur

Semua bahan-bahan masakan ini perlu disimpan dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dan kemas. Kuih raye tahun lepas tu, kasi ayam je ler..keh keh

Akhir kata Selamat Mencuba!

Design by Dzelque Blogger Templates 2007-2008